Kon Fatt Mahu Tebus Kegagalan Amirul

KUALA LUMPUR – Selepas atlet elit normal angkat berat negara, Amirul Hamizam Ibrahim gagal menyumbang emas untuk negara dari Olimpik Beijing, kini beban tugas itu digalas oleh atlet kurang upaya (OKU) yang akan mengalas cabaran Malaysia pada Sukan Paralimpik yang berlangsung di venue yang sama dari 6 hingga 17 September depan.

Atlet OKU dari acara powerlifting, Cheok Kon Fatt yang pernah memenangi pingat perak di Paralimpik Barcelona 16 tahun lepas yakin bahawa beliau masih mampu untuk mengulangi kegemilangannya dengan membawa pulang pingat emas pertama negara dalam pertandingan sukan peringkat tertinggi itu.

“Sekiranya tidak menghadapi masalah dari segi cuaca ataupun pemakanan, saya mampu untuk membuat angkatan yang terbaik,” kata Kon Fatt, semalam.

Beliau berkata, persaingan sengit bakal diberikan atlet dari Mesir, Iran dan China yang mempunyai atlet yang bertaraf dunia dalam acara itu.

Kon Fatt kini menjalani latihan lima kali seminggu di Majlis Sukan Negara (MSN) di bawah bimbingan jurulatihnya Jamil Adam dan Ghazali Osman sebagai persiapan terakhir sebelum bertolak ke Beijing.

“Walaupun MSN telah menyediakan kemudahan mencukupi namun saya memerlukan lebih banyak lagi latihan dan pendedahan untuk memperbaiki mutu persembahan,” katanya.

Kon Fatt yang akan bertanding dalam kategori Bawah 52 kilogram (kg) berkata beliau tidak mempunyai masalah dalam mengekalkan berat badan dan kini berada dalam lingkungan berat badan yang ideal.

Beliau dengan bersemangat berkata, sasaran angkatan adalah 155 kg dan kini beliau berjaya melakukan angkatan sekitar 145 kg.

Angkatan terbaik yang pernah dibuat olehnya ialah 155 kg semasa di temasya Persekutuan Sukan Kurang Upaya Pasifik Timur (Fespic) di Korea Selatan pada tahun 2002.

– Bernama

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: