Wushu Kurang Menyerlah

BEIJING – Atlet negara Ang Eng Chong yang juga pemenang pingat gangsa kejohanan dunia hanya menduduki tempat kelapan dalam acara changquan lelaki dengan memungut 9.25 mata pada hari kedua kejohanan pertunjukan wushu.

Juara dunia dari China, Yuan Xiachao membuat persembahan yang hampir sempurna untuk memenangi pingat emas dengan pungutan 9.83 mata sementara peserta Rusia, Semen Udelov dan Ehsan Pewyghambari dari Iran masing-masing menggondol perak dan gangsa.

Yang turut menyaksikan acara tersebut ialah bintang filem China, Jet Li yang juga merupakan atlet wushu semasa kecilnya. Beliau bagaimanapun segera keluar selepas kehadirannya di dalam gimnasium di Pusat Sukan Olimpik dirakam kamera televisyen.

Seorang lagi atlet wanita wushu negara, Chai Fong Ying selaku juara dunia juga ketinggalan dalam acara taijiquan.

Beliau perlu memperbaiki prestasinya dalam acara taijijian hari ini.

Dalam acara taijiquan pagi ini, Fong Ying, 21, menduduki tempat ketiga dengan pungutan mata 9.64 mata, sementara atlet China Cui Wenjuan mendahului dengan 9.85 mata, peserta Jepun, Ai Miyaoka di tempat kedua dengan pungutan 9.66 mata sementara peserta Taiwan Fan Man Yun ditempat keempat dengan catatan 9.62 mata.

Semalam, peserta lelaki negara Pui Fook Chien turut bertarung dalam acara nanquan dan gabungan nangun sementara seorang lagi peserta Malaysia, Diana Bong bertarung dalam acara nanquan wanita selepas menduduki tempat ketujuh dalam disiplin nandao.

Dalam pada itu, Lee Yang, pemenang pingat gangsa dunia pada 2005, turut bertarung dalam acara taijijian lelaki semalam dan taijiquan hari ini.

– Bernama

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: