Elizabeth Bawa Jalur Gemilang


PENERJUN negara, Elizabeth Jimie diberikan penghormatan menjadi pembawa Jalur Gemilang dalam upacara penutup Sukan Olimpik, hari ini.

Juara remaja dunia 2006 dan pemenang dua pingat gangsa Sukan Asia berumur 16 tahun dari Sarawak itu adalah atlit wanita pertama negara diberikan penghormatan menjadi pembawa bendera negara di Olimpik.

“Elizabeth mewakili elemen atlit remaja dalam pasukan Malaysia dan ini juga sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan wanita dalam sukan negara, khususnya seperti M Rajamani, Saik Oik Cum dan Zaiton Othman.

“Tahun 2008 sudah berakhir, mari kita lihat kepada 2012, dan atlit seperti Elizabeth dan Pandelela Rinong, yang kini berusia 15 tahun, akan meneruskannya di Sukan Olimpik London,” kata Chef-de-Mission negara, Datuk Ho Koh Chye.

Elizabeth yang julung kali menyertai Olimpik berkongsi tempat ke-21 dengan rakan sepasukan, Leong Mun Yee dalam acara 3m papan anjal.

Masa depan turut menjadi tema apabila Azizulhasni Awang, 20, dipilih menjadi pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan.

Sebanyak 37 atlit dan pegawai dari sukan berbasikal, memanah, menembak, terjun, renang dan taekwando yang masih berada di Beijing akan mewakili negara dalam upacara perbarisan upacara penutup.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: