FIG Desak Bukti Usia Sebenar Gimnas China

BEIJING – Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) meminta China memberikan lebih banyak bukti bagi menyokong dakwaan bahawa lima gimnas wanita negara itu bukan di bawah umur ketika bertanding di Sukan Olimpik.

Ini berikutan tuduhan meluas kononnya China melanggar peraturan apabila menurunkan gimnas yang belum mencapai umur 16 tahun seperti yang disyaratkan di bawah peraturan FIG.

Syarat tersebut diperkenalkan pada 1997 bagi melindungi hak kemanusiaan atlet muda.

“FIG masih menunggu pengesahan dakwaan yang dibuat oleh media berhubung umur sebenar gimnas wanita China iaitu He Kexin, Jiang Yuyuan, Li Shanshan, Deng Linlin dan Yang Yilin.

“FIG telah diberikan bukti dokumen termasuk salinan pasport atlet tersebut tetapi persoalan mengenai umur sebenar atlet berkenaan terus dibangkitkan di media pada awal tahun ini,” kata FIG dalam satu kenyataan.

Tuntutan bukti tentang usia sebenar lebih tertumpu kepada pemenang pingat emas He Kexin yang ditimbulkan sejak beberapa hari lalu menyebabkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meminta FIG membuat semakan semula umur atlet tersebut.

Berikutan itu FIG berkata: ”Demi kepentingan semua pihak, FIG telah meminta Persatuan Gimnastik China menghantar dokumen yang berkenaan bagi menyiasat tarikh lahir sebenar gimnas tersebut.”

Timbalan Presiden Jawatankuasa Olimpik Beijing (BOCOG), Wang Wei kelmarin menegaskan gimnastik yang di bawah umur tidak sepatutnya bertanding namun He memberitahu wartawan dia telah mencapai usia 16 tahun ketika bertanding di Sukan Olimpik.

– AFP

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: