Ireland Bosan Isu Doping


DUBLIN: Ketua Olimpik Ireland semalam dipetik sebagai berkata, dia sudah bosan dengan reputasi negaranya yang tercemar angkara ujian doping positif dalam acara show jumping.

Presiden Majlis Olimpik Ireland, Pat Hickey berkata, sukan ekuin di Ireland tidak mengikut prosedur anti-doping yang ketat seperti sukan lain, dan berjanji mereka akan menerima padahnya selepas Olimpik.

“Saya sakit hati dan bosan apabila nama kami turut terbabit dalam perkara kotor seperti ini,” katanya kepada akhbar Independent.

“Semalam, rakan saya dalam IOC terus-menerus memperkatakan apa yang mereka gelar ‘satu lagi skandal untuk Ireland’.”

Denis Lynch dari Ireland, seorang daripada empat atlit show jumping yang digantung daripada Sukan Olimpik Beijing selepas kudanya didapati positif dadah jenis capsaicin, bahan dari serbuk cili yang diharamkan kerana melegakan kesakitan.

Tiga atlit lain adalah dari Norway, Brazil dan Jerman. Ekuestrian sudah lama dikaitkan dengan kebimbangan terhadap penggunaan dadah dan amalan yang tidak beretika.

Di Athens pada 2004, empat kuda didapati positif menggunakan bahan terlarang. Pingat emas penunggang Ireland, Cian O’Connor dalam acara individu show jumping ditarik balik selepas kudanya, Waterford Crystal, gagal ujian doping.

“Saya ditanya sebelum datang ke Beijing, apa yang saya harapkan pada temasya ini dan saya menjawab agar skuad Ireland mengharungi tempoh tiga minggu ini tanpa sebarang masalah atau dikaitkan dengan dadah,” kata Hickey. – Reuters

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: