Kejayaan Beijing Jadi Ikutan Calon Penganjur


BEIJING: Sukan Olimpik Beijing kini menjadi penanda aras untuk bandar raya yang melobi untuk memenangi hak penganjuran tuan rumah edisi 2016, akui empat calon penganjur semalam.

Bandar raya berkenaan – Chicago, Madrid, Rio de Janeiro dan Tokyo – dihimpun pihak penerbitan ‘Around The Rings’ untuk bercakap mengenai aspek bidaan mereka dan menjawab soalan mengenai penawaran masing-masing.

Semua bandar raya berkenaan bersetuju banyak perkara yang dipelajari ketika mereka berusaha dan memujuk ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bahawa mereka adalah bandaraya yang layak untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2016 menjelang pengundian bakal dijalankan di Copenhagen, Oktober tahun depan.

Ketua bidaan Chicago, Patrick Ryan berkata sumbangan sukarelawan berjaya membantu kejayaan temasya di Beijing dan menjadi contoh untuk mereka melakukannya selepas ini.

“Warga China berjaya melakukannya dengan baik,” kata Ryan yang mengambil tanggungjawab melakukan bidaan sekali gus menunaikan permintaan Datuk Bandar Chicago, Richard Daley.

“Sikap mesra dan keterbukaan penduduk negara ini yang ditunjuk oleh sukarelawan menjadi teladan.

“Mereka sentiasa berada di sana dengan senyuman dan jika mereka tidak tahu menjawab soalan, mereka akan bertanya kepada rakan yang mengetahuinya,” katanya.

Ichiro Kono, ketua bidaan Tokyo berkata, dia dan pasukannya banyak mempelajari mengenai infrastruktur yang ditampilkan menerusi gelanggang renang ‘Kiub Air’ dan Stadium Nasional Sarang Burung’ yang menjadi lokasi acara balapan dan padang. -AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: