Kuartet 4×400 Tebus Malu AS

BEIJING – Kuartet 4×400 lelaki dan wanita Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan maruah skuad olahraga negara itu daripada malu besar pada temasya Sukan Olimpik kali ini apabila menyapu bersih pingat emas acara berganti- ganti itu.

Selepas menyaksikan semua acara pecut 100m dan 200m individu serta 4x100m lelaki dikuasai sepenuhnya atlet Jamaica manakala Rusia mengungguli 4x100m wanita, AS menggunakan hari terakhir saingan olahraga semalam untuk memperbaiki reputasi mereka selaku kuasa besar olahraga dunia.

Kuartet 4x400m wanita AS yang membariskan Mary Wineberg, Allyson Felix, Monique Henderson dan Sanya Richards memulakan misi memulihkan imej itu dengan muncul juara menerusi catatan 3min:18.54s menewaskan Rusia di tempat kedua dan Jamaica, ketiga.

Manakala gandingan LaShawn Merritt, Angelo Taylor, David Neville dan Jeremy Wariner mengungguli kategori lelaki dengan catatan 2min:55.39s meninggalkan Bahamas di tempat kedua dan Rusia, ketiga.

Dengan kejayaan itu, AS muncul juara keseluruhan olahraga dengan tujuh emas kesemuanya, mengatasi Jamaica dan Rusia.

Atlet Ethiopia, Kenenisa Bekele pula mencipta sejarah mencatat kejuaraan berganda acara jarak jauh selepas menjuarai acara 5,000m lelaki semalam. Sebelum ini dia turut menjuarai acara 10,000m.

Atlet Norway, Andreas Thorkildsen mencipta rekod baru Olimpik menerusi acara merejam lembing dengan lontaran sejauh 90.57m.

Sementara itu, Brazil meraih pingat emas acara bola tampar wanita selepas menewaskan AS 25-18, 18-25, 25-13, 25-21 pada perlawanan akhir, semalam.

Lain-lain acara menyaksikan petinju Thailand, Somjit Jongjohor menjadi penyumbang emas kedua buat negaranya selepas menjuarai kategori flyweight menewaskan petinju Cuba, Andris Laffita dengan 8-2.

Jerman pula menjuarai acara hoki lelaki selepas menewaskan Sepanyol 1-0 pada perlawanan akhir semalam. Gangsa menjadi milik Australia.

-Agensi

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: