Misbun Sidek Dianugerah Gelaran Datuk Oleh Kerajaan Melaka

24/08/2008 7:36pm

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos – Kerajaan Negeri Melaka akan menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran datuk kepada jurulatih badminton perseorangan negara, Misbun Sidek, sebagai menghargai jasanya mengharumkan nama negara dalam sukan itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata, darjah kebesaran itu akan disampaikan kepada Misbun oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka pada Khamis ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Mengkuang Titi di sini, beliau berkata, jasa Misbun amat besar kepada negara.

“Bukan sahaja beliau berjaya melatih Lee Chong Wei sehingga memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik di Beijing baru-baru ini, malahan beliau sendiri turut mencipta beberapa kejayaan semasa menjadi pemain badminton negara dahulu.

“Kita menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan pingat pada sukan Olimpik dan setelah saya berbincang dengan Yang Dipertua Negeri, beliau bersetuju menganugerahkan darjah kebesaran Melaka iaitu DMSM (kepada Misbun) yang membawa gelaran datuk,” katanya.

Mohd Ali berkata, selain menjadi juara kebangsaan sebanyak tujuh kali, antara kejuaraan yang pernah dirangkul Misbun pada kejohanan antarabangsa ialah Terbuka Jerman, Terbuka Sweeden, Terbuka Kanada, Terbuka Malaysia, Terbuka Taiwan dan Terbuka Singapura dan yang terakhir dipilih sebagai jurulatih terbaik. – Bernama

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: