‘Olimpik Beijing Malapetaka Kebebasan Bersuara Di China’

PARIS 23 Ogos – Pertubuhan pejuang hak media, Wartawan Tanpa Sempadan hari ini menyifatkan Sukan Olimpik Beijing sebagai satu malapetaka bagi kebebasan bersuara di China.Pertubuhan yang berpangkalan di Paris itu menyatakan, China mengenakan sekatan ke atas kegiatan berpuluh-puluh aktivis hak asasi dan aktivis pro-Tibet serta beberapa wartawan asing.

Jurucakap pertubuhan itu, Benoit Hervieu berpendapat, tidak ada sebab untuk berasa optimis bahawa Sukan Olimpik Beijing akan membantu memperbaiki rekod hak asasi di China.

Menurut pertubuhan itu, 47 aktivis pro-Tibet ditangkap dan sekurang-kurangnya 50 aktivis hak asasi manusia dikenakan perintah tahanan di rumah, diganggu atau dipaksa meninggalkan Beijing semasa temasya sukan tersebut.

Sekurang-kurangnya 15 rakyat China ditangkap kerana meminta kebenaran untuk mengadakan tunjuk perasaan, lapor pertubuhan berkenaan.

Setiausaha Agung Wartawan Tanpa Sempadan, Robert Menard berkata, layanan kasar terhadap wartawan semasa Sukan Olimpik akan meninggalkan kenangan pahit.

“Penindasan itu akan dikenang sebagai salah satu ciri yang menggambarkan Sukan Olimpik Beijing,” katanya.

– Reuters

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: