Sukan Olimpik: Bekele Raih Emas Berganda

KENENISA Bekele menjadikan gelaran berganda Olimpik yang unik untuk Habsyah selepas memenangi pingat emas acara 5,000 meter lelaki di Stadium Sarang Burung, semalam.

Dalam bahang yang mencecah 30 darjah Selsius di trek, Bekele memintas rakan senegara, Eliud Kipchoge untuk merakamkan masa 12 minit 57.82 saat – catatan pertama bawah 13 minit dalam sejarah Sukan Olimpik untuk mengesahkan dominasi negara dalam jarak jauh selepas kemenangan atlit wanita, Tirunesh Dibaba dalam acara.

Kipchoge memenangi perak dan Edwin Cheryiyot Soi meraih gangsa.

Kemenangan lebih 30 meter ke atas Kipchoge menambah gelarannya selepas memenangi 10,000m buat merakamkan gelaran berganda pertama sejak Lasse Viren di Montreal 32 tahun lalu.

Kemenangan ini juga bererti dia sudah memiliki satu emas Olimpik lebih daripada rakan senegara, Haile Gebrselassie. – AFP

Berita Harian

Leave a comment