Sukan Olimpik: Elizabeth Bawa Jalur Gemilang

Pengiktirafan terhadap sumbangan atlit wanita

PENERJUN muda negara, Elizabeth Jimie diberi penghormatan selaku pembawa Jalur Gemilang dalam upacara penutupan Sukan Olimpik, hari ini sebagai lambang barisan atlit Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Juara remaja dunia 2006 dan pemenang dua pingat gangsa Sukan Asia berumur 16 tahun dari Sarawak itu adalah atlit wanita pertama diberi penghormatan menjadi pembawa bendera negara pada Olimpik.

“Elizabeth mewakili elemen atlit remaja dalam pasukan Malaysia dan ini juga sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan wanita dalam sukan Malaysia, khususnya seperti Rajamani, Saik Oik Cum dan Zaiton Othman,” kata chef-de-mission Malaysia, Datuk Ho Koh Chye.

Elizabeth yang julung kali menyertai Olimpik berkongsi tempat ke-21 dengan rakan sepasukan, Leong Mun Yee dalam acara 3m papan anjal.

Masa depan turut menjadi tema apabila Azizulhasni Awang, 20, dipilih menjadi pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan.

Sebanyak 37 atlit dan pegawai dari sukan berbasikal, memanah, menembak, terjun, renang dan taekwondo yang tinggal untuk mewakili negara dalam upacara perbarisan pada majlis penutupan temasya itu.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: