Sukan Olimpik: Masuk Perangkap Ciptaan Che

Daripada Norbakti Alias di Beijing
Norbakti@nstp.com.my

‘Sukar beri tumpuan kerana terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri’

HARAPAN pingat terakhir menerusi Che Chew Chan dalam kategori lebih 67 kilogram acara taekwondo wanita Sukan Olimpik, nyata tidak kesampaian apabila cabarannya berakhir di peringkat repechage untuk memburu gangsa, semalam.

Selepas menjadi atlit taekwondo negara pertama mara ke suku akhir sejak acara itu diperkenalkan di Sukan Olimpik Sydney 2000, Chew Chan yang menjadi sandaran menambah pingat selepas perak yang disumbang Chong Wei Ahad lalu, dikecewakan dengan taktiknya sendiri.

Rentak bertahan tanpa mahu bertindak agresif nyata memakan diri Chew Chan yang terlalu berhati-hati, sehingga memudahkan Nina Solheim dari Norway mengutip mata demi mata dalam pertarungan suku akhir mereka di Universiti Sains dan Teknologi Beijing.

Biarpun lawannya yang juga pemenang gangsa Kejohanan Eropah itu dikenakan penalti potongan mata sebanyak dua kali, Chew Chan yang juga atlit terakhir Malaysia beraksi di Sukan Olimpik Beijing, tetap tewas 3-1.

“Saya sukar memberi tumpuan kerana terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri. Memang saya cukup kecewa apa lagi persembahan di sini sudah 90 peratus daripada kemampuan diri,” katanya.

Bagaimanapun, kemaraan Nina ke final selepas membuat kejutan menundukkan Natalia Falavigna dari Brazil memberi sedikit harapan buat Chew Chan apabila berpeluang mencuba mendapatkan gangsa selepas layak ke peringkat repechage.

Namun, nasib Chew Chan tidak berubah apabila tampil dengan pendekatan sama dan tewas kepada Noha Abd Raho dari Mesir.

Terdahulu, Chew Chan layak ke suku akhir apabila menewaskan Evgeniya Karimova dari Uzbekistan 5-4 selepas ketinggalan 0-1 di pusingan pertama kepada lawan yang pernah ditunduknya di peringkat kelayakan Olimpik Asia, Disember lalu.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: