Tidak Semudah ABC


BEIJING: Sukan Olimpik menunjukkan betapa sukar untuk negara lain melepasi dominasi ‘ABC’ dalam acara bola tampar pantai – Amerika Syarikat, Brazil dan China – walaupun sukan itu semakin popular.

Beijing turut menerima penyertaan dari tujuh negara baru yang menghantar skuad utama mereka ke Olimpik dan penonton China dilihat gembira dan berpesta di stadium sambil dimeriahkan dengan penampilan gadis berpakaian seksi yang bernyanyi dan menari.

Begitupun, semua itu jelas sekadar hiburan sampingan menjelang pertemuan final yang berlangsung seperti jangkaan umum sebelum kejohanan bermula.

Kategori wanita sekali lagi didominasi atlit Amerika, Misty May-Treanor dan Kerri Walsh yang menjadi pasukan pertama mempertahankan gelaran di Olimpik tanpa tewas sebarang set.

Perlawanan kategori lelaki dilihat lebih dramatik apabila juara dunia, Todd Rogers dan Phil Dalhausser dari Amerika Syarikat, tewas pada perlawanan pertama mereka ketika berdepan pendatang baru, Latvia, namun bangkit menebus kekalahan itu dengan meraih pingat emas.

“Ianya kejayaan manis buat kami apabila merangkul pingat emas dan membawanya pulang,” kata Rogers yang berasal dari tempat lahirnya bola tampar pantai, Santa Barbara di California.

Peserta berharap sambutan hebat penonton, yang tidak berganjak walaupun hujan, menjadi pemangkin sukan ini dikekalkan dalam Olimpik masa depan.- Reuters

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: