Angkara Dunia

1

APA: Buat julung-julung kali dalam sejarahnya, Palestin menghormati seorang penyajak, Allahyarham Mahmoud Darwish, yang meninggal dunia minggu lalu dengan pengebumian negara – penghormatan yang sebelum ini hanya diberi kepada ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin ( PLO), Allahyarham Yasser Arafat.

MENGAPA: Allahyarham Darwish diiktiraf sebagai penyajak negara yang menjiwai impian penduduk Palestin untuk mencapai kemerdekaan sebenar dan menentang penindasan di negara mereka.

LEBIH LANJUT: Allahyarham menulis taklimat Allahyarham Arafat yang dibacakannya dalam satu persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1974:

‘Saya berdiri di sini dengan memegang tangkai buah zaitun (lambang keamanan) dan senapang pejuang kebebasan. Jangan biarkan saya melepaskan tangkai zaitun ini’.

28 tahun

APA: Penantian India hampir tiga dekad untuk meraih pingat emas individu dalam Sukan Olimpik berakhir apabila penembak Abhinav Bindra menenangi acara senapang udara 10 meter dalam Olimpik Beijing, yang sedang berlangsung.

MENGAPA: Walaupun India mempunyai jumlah rakyat yang kedua terbesar di dunia, ia gagal menyerlah dalam sukan individu kerana tiada sokongan padu.

LEBIH LANJUT: Kali terakhir India menang pingat emas pada 1980 melalui acara hoki. Bahkan, sebelum ini semua pingat emas negara Selatan Asia itu datang dari padang hoki.

Malangnya, pasukan hoki negara itu gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing tahun ini.

57.54 saat

APA: Masa itu adalah rekod baru Asia bagi acara renang 100 meter gaya kupu-kupu. Ia dicatat perenang Singapura, Tao Li, dalam Sukan Olimpik Beijing yang sedang berlangsung. Sekali gus beliau mengukir sejarah sebagai peserta pertama Singapura melangkah ke peringkat final acara renang Sukan Olimpik.

LEBIH LANJUT: Sebenarnya, Tao Li mencatat rekod Asia sebanyak dua kali dalam acara itu. Atlit berusia 18 tahun itu kali pertama memecahkan rekod itu dengan masa 57.77 saat dalam pusingan saringan.

Beliau kemudian memecahkan rekodnya sendiri itu dengan masa yang lebih pantas di peringkat separuh akhir.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: