Atlit Amerika Buat Kejutan

Wanita AS pertama menangi emas acara lontar cakera sejak Olimpik 1932

BEIJING: Stephanie Brown Trafton mencatat kejutan apabila menjadi atlit wanita Amerika Syarikat pertama dalam sejarah 76 tahun memenangi pingat emas acara lontar cakera Sukan Olimpik.

Kejayaan terakhir yang dicatat peserta Amerika dalam sukan ini ialah Lilian Copeland di Olimpik Los Angeles 1932.

Lontaran pertama Trafton sejauh 64.74 meter cukup untuk memberikan peserta dari California itu suntikan semangat kepada pasukan atletik negaranya yang belum mencatat sebarang kejayaan memberangsangkan di Beijing.

Kejayaan itu juga merupakan hadiah awal bagi hari lahir Trafton yang ke-39 tahun pada 1 Disember ini.

Selain itu, ia juga membutikan kejayaannya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Atletik Grand Prix IAAF di Eugene di negaranya bukan sutu kebetulan.

Yarelys Barrios dari Cuba memenangi perak dengan lontaran sejauh 63.64 meter disusuli peserta Ukraine, Olena Antonova, dengan jarak sejauh 62.59 meter.

Dalam perlumbaan 3,000 meter lari berhalangan, hasrat para peserta Kenya untuk menguasai acara tersebut, seperti yang dilakukan peserta wanita Jamaica yang memenangi pingat emas, perak dan gangsa 100 meter, tidak kesampaian.

Ini menyusuli kejayaan Mahiedine Mekhissi dari Perancis mencelah di garisan akhir di belakang Brimin Kipruto yang menamatkan larian lapan minit 10.49 saat.

Mekhissi menjadi satu-satunya peserta berkulit putih di kalangan para peserta handalan Afrika yang menguasai acara itu sejak di awal pusingan.

Peserta Perancis itu bangkit membuat pecutan sebaik saja memasuki pusingan akhir. Bagaimanapun, beliau dipintas oleh Kipruto pada jarak 200 meter dan terus kekal di depan.

Richard Kipkemboi Meteelong memungut pingat gangsa dengan masa 8:11.01 minit.

Juara bertahan Olimpik, Ezekiel Kemboi, juga dari Kenya, hanya sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Sementara itu, Usain Bolt dari Jamaica meletakkan sasaran merebut pingat emas kedua dalam acara 200 meter.

Bolt, yang berjaya mengatasi rekod dunianya dalam acara pecut 100 meter Sabtu lalu, menamatkan saringan untuk melangkah ke separuh akhir dengan masa 20.29 saat, manakala juara bertahan, Shawn Crawford dari Amerika, mencatatkan masa 20.42 saat.

Peserta veteran, Kim Collins dari St Kitts dan Nevis, di tempat ketiga, diikuti peserta Britain, Marlon Cavendish.

Bolt, 21 tahun, yang mencatat masa terpantas bagi jarak 200 meter musim lalu dengan 19.67 saat, ingin mengikuti kejayaan berganda Carl Lewis di Olimpik Los Angeles 1984.

Pada masa yang sama, Lolo Jones, juga dari Amerika, turut mencerahkan harapan untuk menyumbang pingat emas selepas muncul sebagai peserta terpantas dalam kelayakan lompat pagar 100 meter dengan kecepatan 12.43 saat. — Agensi.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: