Australia Kutip Emas Bahagian Lelaki Dan Wanita

QINGDAO: Australia memenangi dua pingat emas dalam acara kapal layar 470 bahagian wanita dan lelaki semalam.

Elise Rechichi dan Tessa Parkinson mengalahkan pasangan Marcelien de Koning dan Lobke Berkhout dari Belanda yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Pingat gangsa dimenangi Fernanda Oliveira dan Isabel Swan dari Brazil.

Pasangan Belanda itu memerlukan kemenangan dalam perlumbaan terakhir ini sambil mengharapkan pasangan Australia menduduki tempat ke-10.

Tetapi itu tidak berlaku.

Sebaliknya, dua peserta Belanda mengakhiri perlumbaan itu di tempat kelima, sementara pasangan Australia tersebut berada di tempat kesembilan.

Rechichi, 22 tahun dan Parkinson, 21 tahun, adalah dua peserta termuda dalam pasukan kapal layar Australia dalam Sukan Olimpik Beijing.

Awal sebelum itu, pasangan Australia, Nathan Wilmot dan Malcolm Page, memenangi acara lelaki 470.

Pasangan yang menduduki tempat ke-12 dalam Sukan Olimpik Athens empat tahun lalu itu berada dalam kedudukan yang selesa selepas 10 perlumbaan dan mereka menamatkan perlumbaan terakhir dengan kejayaan yang sudah terjamin. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: