China Digesa Bebas 8 Rakyat Amerika

BEIJING: Amerika Syarikat memberi tekanan kepada China supaya membebaskan segera lapan rakyatnya yang kini ditahan di ibu kota ini kerana mengadakan bantahan pembebasan pro Tibet ketika Sukan Olimpik.

Dua daripada mereka ditahan Khamis lalu selepas menggantung kain rentang ‘Bebaskan Tibet’ berhampiran kawasan Olimpik dan menurut pihak berkuasa China akan dibebaskan Ahad depan, kata kedutaan Amerika dalam e-mel yang diterima semalam.

Enam anggota kumpulan Free Tibet Reporters ditahan awal pagi 20 Ogos lalu dan akan dibebaskan 30 Ogos ini.

“Kami kecewa kerana China tidak menggunakan kejohanan Olimpik untuk menunjukkan sikap toleransi dan keterbukaan,” kata kenyataan kedutaan itu.

“Kami menggalakkan kerajaan China menunjukkan rasa hormat ke atas hak asasi manusia, termasuk kebebasan menyuarakan pandangan serta agama serta semua penduduk ketika Sukan Olimpik dan selepas itu.”

Pejabat Luar Britain juga mengesahkan penahanan seorang penunjuk perasaan warganya dan sudah mengeluarkan kenyataan menggesa Kerajaan China ‘menghormati komitmen untuk kebebasan bersuara’ selain menyeru warga Britain menghormati undang-undang China.

China berkata, mereka membenarkan tunjuk perasaan diadakan ketika Sukan Olimpik tetapi hanya di tiga lokasi ditetapkan dan penunjuk perasaan perlu memohon permit. Bagaimanapun tiada permohonan yang diluluskan.

Biro Keselamatan Umum China dalam kenyataan Khamis lalu berkata sekumpulan enam warga asing secara berasingan yang ditahan Selasa lalu ditahan selama 10 hari. – AP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: