Misbun Dapat Datuk

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Melaka menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada jurulatih badminton negara, Misbun Sidek, yang membawa gelaran Datuk mengiktiraf sumbangannya dalam sukan itu sehingga anak didiknya, Lee Chong Wei, menang perak di Sukan Olimpik Beijing.

Ia diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam semalam, beberapa hari selepas Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan penganugerahan gelaran Datuk kepada Lee.

Mohd Ali berkata, beliau berbincang mengenai anugerah gelaran itu dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob selepas menerima cadangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Kementerian Belia dan Sukan mengemukakan cadangan itu kerana jasa Misbun melatih Lee sehingga berjaya menang pingat perak di Sukan Olimpik, selain sumbangannya dalam sukan itu sebelum ini.

“Saya berbincang dengan Yang di-Pertua Negeri dan beliau setuju menganugerahkan DMSM yang membawa gelaran Datuk berkuat kuasa hari ini.

“Majlis penganugerahan dilakukan di Istana Melaka pada 28 Ogos ini,” katanya selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional Mengkuang Titi, semalam.

Bulan lalu, Pulau Pinang menganugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada ratu skuasy negara, Nicol Ann David.

Mohd Ali berkata, Misbun banyak berjasa kepada sukan badminton negara, termasuk menjadi juara kebangsaan sebanyak tujuh kali, selain menjuarai pertandingan peringkat antarabangsa.

“Beliau adalah jurulatih terbaik sehingga membolehkan Lee memenangi pingat perak di Sukan Olimpik,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: