Mu Tidak Khuatiri Keputusan Seri

LONDON: Selaku juara bertahan Liga Perdana England, Manchester United, tidak begitu bimbang selepas seri 1-1 dengan Newcastle United dalam perlawanan pembukaan di Old Trafford.

Sebaliknya pengurus United, Sir Alex Ferguson, kelihatan tenang kerana menyedari bahawa ramai pemainnya mengalami kecederaan atau tidak dapat diturunkan.

Menurut Ferguson, biarpun keputusan itu tidak digemarinya, beliau menerimanya dengan dada terbuka.

‘Ini bukan keputusan yang saya hajatkan, tetapi saya tidak begitu kecewa,’ kata Ferguson.

Cristiano Ronaldo dan Owen Hargreaves masih belum sembuh daripada kecederaan di lutut. Carlos Tevez kembali ke Argentina kerana kematian seorang anggota keluarganya.

Anderson kini berada di Sukan Olimpik Beijing dan Nani pula digantung.

United memulakan perlawanan dengan Frazier Campbell di bahagian serangan. Ia juga menyertakan beberapa pemain muda yang tidak dikenali.

Ketika pertarungan, Michael Carrick cedera dan mungkin direhatkan selama tiga minggu. Ryan Giggs serta Campbell juga dikeluarkan kerana cedera. Ini bermakna pemain muda Brazil, Rodrigo Possebon dan Rafael da Silva, terpaksa diturunkan.

‘Corak permainan menyerang kami agak baik dalam separuh masa pertama, tetapi tidak pada separuh masa kedua. Kami kelihatan terkial-kial,’ kata Ferguson.

‘Kami hilang rentak permainan sebaik saja Ryan dan Michael dikeluarkan kerana cedera. Walaupun percubaan kami terkena palang dan beberapa peluang terlepas, kami tidak begitu bahaya. Tidak ada apa yang hendak saya ulas, kami melakukan yang terbaik.’

Kevin Keegan, yang mengambil alih tugas pengurus Newcastle tiga hari selepas dibelasah 6-0 di Old Trafford pada Januari lalu, menyatakan pihaknya wajar berkongsi mata.

‘Kami wajar menerima satu mata kerana persembahan kami cukup baik dan sikap pemain juga cukup memuaskan. Siapa saja yang diturunkan Manchester United, mereka adalah pasukan yang terbaik.

‘Jika anda menampilkan persembahan dengan sikap yang betul, anda akan dapat keputusan yang anda hajatkan dan itulah yang kami lakukan,’ katanya.

Keegan turut memuji pemain barunya dari Argentina, Fabricio Coloccini dan Jonas Gutierrez, serta Danny Guthrie.

Beliau mahu mendapatkan tiga lagi pemain yang setaraf dengan mereka. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: