Sukan Olimpik: Muka Baru Faktor Utama Kejayaan China

PEMIMPIN utama kontinjen China, semalam berkata generasi baru atlit dan kemampuan melakar pencapaian luar jangkaan dalam sukan asing menjadi faktor dominasi negara itu pada temasya Olimpik di Beijing kali ini.

China muncul buat kali pertama dalam sejarah sebagai kuasa utama sukan dunia pada temasya kali ini, memenangi jumlah pingat emas tertinggi mengatasi Amerika Syarikat dan Russia.

“Pencapaian kami pada Sukan Olimpik kali ini adalah penggerak penting untuk masa depan,” kata chef-de-mission China, Liu Peng yang juga menteri sukan negara itu.

Menurutnya, dua pertiga daripada 639 atlit China beraksi buat kali pertama dalam Olimpik dan muka baru itu memenangi 29 emas individu selain membentuk pasukan yang memenangi empat lagi emas tambahan.

“Muka-muka baru ini menjadi faktor utama kejayaan sukan China,” katanya yang menyifatkan betapa kontinjen itu sudah berjaya memenuhi harapan seluruh negara.

“Kontinjen ini sudah menyempurnakan tugas pada Sukan Olimpik dengan amat memuaskan. Kami sudah mencapai keputusan hebat. Ini adalah pencapaian terbaik sejak China mula bertanding dalam Olimpik.”

Menurutnya, China mencipta dominasi kerana mengekalkan penguasaan dalam sukan tradisinya dikuasai mereka seperti ping pong, badminton, terjun, angkat berat dan menembak ketika turut mampu bersaing sengit dalam sukan asing yang biasanya mereka tidak punya kemampuan.

Di Athens, China menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Amerika Syarikat selepas mengutip 32 emas berbanding 36 milik lawan itu.- AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: