Kerajaan Mahu Sarawak Bersih Dan Hijau

KUCHING Kerajaan negeri berusaha menjadikan Sarawak sebagai negeri yang bersih dan hijau menerusi pendekatan yang digunakan oleh Singapura dalam menarik tumpuan pelabur serta pelancong ke negeri ini.Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, kementeriannya akan melaksanakan tugas untuk mengawasi usaha penghijauan di negeri ini serta bekerjasama dengan semua majlis perbandaran bagi memastikan hasrat tersebut tercapai.

“Pegawai di kementerian akan ditugaskan untuk mencapai usaha menghijau dan menjadikan negeri Sarawak bersih,” katanya kepada pemberita selepas majlis menanam pokok sempena Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), James Chan berkata, penduduk bandar raya ini perlu meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar sama seperti menjaga diri sendiri, keluarga, komuniti dan negara.

Katanya, orang ramai tidak seharusnya melihat kepada denda atau penalti sahaja untuk memiliki kesedaran dan bersikap ambil berat terhadap persekitaran yang bersih.

Tambahnya, kempen anti pembuangan sampah berleluasa yang dilaksanakan beberapa tahun lalu masih tidak mampu menyedarkan rakyat dan masih ada lagi di antara mereka membuang sampah daripada kenderaan, puntung rokok, tisu dan lain-lain di kawasan perumahan dan premis perniagaan.

”Kita perlu mengubah cara berfikir dan mengelak daripada membuang sampah merata-rata dalam usaha kita menjadikan bandar raya Kuching Selatan ini bersih dan tempat yang menarik untuk didiami,” katanya.

”Kita perlu mencontohi rakyat Korea dan China yang mengutip semua sampah semasa Piala Dunia 2006 dan Sukan Olimpik Beijing,” ujarnya.

habis

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: