Misbun Dapat Imbuhan RM60,000

KEJAYAAN Lee Chong Wei (kiri) dikongsi oleh jurulatihnya, Misbun Sidek dengan ganjaran RM60,000 yang bakal diterima daripada MSN ekoran kejayaan mereka membawa pulang pingat perak Olimpik baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jurulatih badminton negara, Misbun Sidek akan menerima ganjaran wang tunai RM60,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) atas kejayaannya melatih pemain kebangsaan, Lee Chong Wei sehingga berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing baru- baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, ganjaran tersebut merupakan penghargaan dan insentif kementerian kepada Misbun yang berjaya menggilap bakat Chong Wei.

“Kita akan serahkan ganjaran tersebut tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.

Mengenai gelaran Datuk pula yang akan dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka, Ismail berkata, Misbun layak menerimanya mengambil kira jasa beliau kepada negara.

”Begitu juga dengan Chong Wei yang akan menerimanya daripada Kerajaan Pulau Pinang.

”Bukan senang nak dapat pingat di Olimpik. Kita sudah 12 tahun ‘kehausan’ pingat dan sudah berapa lama bendera Malaysia tidak berkibar di sukan terbesar itu jadi saya rasa ia memang berbaloi,” katanya.

Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini mengumumkan akan menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada Misbun manakala Pulau Pinang menganugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) kepada Chong Wei.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak menafikan ada pihak yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diberikan kepada Chong Wei tetapi ia adalah hak kerajaan negeri terbabit.

”Ini adalah anugerah jadi terserah kepada kerajaan negeri. Ia bukan diberikan tanpa sebab tetapi berdasarkan kepada sumbangan bernilai oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Mengulas pencapaian atlet Malaysia pada Olimpik Beijing yang baru melabuhkan tirainya kelmarin, Ismail berkata, kementerian positif terhadap perkembangan mereka sepanjang sukan itu berlangsung.

”Bagi mereka yang tidak menunjukkan prestasi terbaik, kita akui memang kecewa tetapi kita dari awal lagi tidak meletakkan impian besar untuk menang di Olimpik. Kalau atlet itu berjaya memperbaiki rekod, itu satu perkembangan baik,” katanya.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: